Monday, March 21, 2011

Rindunya nak Berblogging.............


Assalamualaikum wbt......wahai sahabat2 blogger sekalian....dah lama kita tak bersua dialam maya ni kan. Blog ni pn dah nmpak sedikit uzur dah. Almaklumlah, tuan punya blog nie "busy" sangat2. Sampaikan nak update blog pun susah, maklumlah student "Final Year" la kata kan, mna de msa utk blog2 nie. Ditambah pula dengan sifat kemalasan sebanyak beberape % tu, membantutkan lagi idea-idea aku utk menulis dalam blog.


Bila dah Final Year nie, busy je la manjang...nk kena siapkan project nya lagi..report lagi...uishhh,bnyak nya kije xdpt aku bayangkan la...hahaha...tp malam nie, jari jemari nie terasa rindu plak nak berblogging..nk say hi pada bloggers sekalian...hope bloggers sume dapat trima la kedatangan entri yang xseberape menarik nie....hahaha...

Now,aku busy nk cari tempat2 praktical plak utk sem depan..so pada blogger2 yang de tmpat baik pnya utk practical,kongsi2 la ok...suggest la company2 yang terlibat dalam bidang mechatronic or yang pntg company tuh ade berkaitan ngan bidang engineering jugak.....TQ

P/s: Rindu nk blogging nie...insyaallah akan aku update setiap hari selepas ini...truskan sokongan anda kepada pemilik blog ni yea.......




Saturday, January 22, 2011

Hari Hindustan Sedunia

Salam geng.......


Bertemu lagi kita dihari sabtu yang agak indah ini, cuaca xseberapa panas di putrajaya ini, diharapkan ditempat anda pun begitu juga.

Back to the story morry, as usually hari sabtu ialah hari hindustan sedunia. Cuba anda buka TV2 and TV3 sekitar jam 12.30pm until 5pm, mesti anda akan saksikan citer-citer hindustan ini.




TV2 citer Sangam, TV3 plak citer Dil se, mna satu nk tgk nie. Citer sangam tu lma kot durasi citer die, hampir 4jam bai, tapi citer lama. Teringat nenek aku pnah citer,die pnah dating ngan arwah atuk aku smbil tgk citer sangam nie,hah muda x arwah atuk dan nenek aku???hahaha..





TV3 lak Shah Rukh Khan a.k.a SRK n pelakon lesung pipit dipipi, sape la klu bukan Preity Zinta( walaupn pelakon tambahan). Heroin die sebnrnya,klu xsilap aku Manisha Koraila,ala heroin cite Maan tuh...Cite dan lagu-lagu dalam citer nie pn besh gak, lgpn citer ni pn dah lma,sekitar tahun 2000 gtu, tp aku still ingat melodi lagu-lagu hindustan tu...


P/s: Jom layan hindustan sambil berblogwalking......hahahaha

Thursday, January 20, 2011

Bosan Tahap Dewa

Salam geng...

Wah sudah lama kita tidak bersua di laman blog nie. Seperti biasa, ketiadaan masa dan kesibukan dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan sessi persekolahan yang baru bermula nie mmbuatkan diriku teramat sibuk. Disebabkan msalah itu, otak aku agak sesak utk menghasilkan entri2 yang agak bernas.

Jadi disebabkan hari ini, cuti umum di negeri selangor dan yang sewaktu dengan nya,aku dengan lapang hati menulis jugak entri ini, untuk membuktikan bahawa diriku masih wujud di dunia blog yang fana nie. Berbalik pada tajuk diatas,"Bosan Tahap Dewa". 

Kenapa aku berkata begitu, ini adalah disebabkan hari cuti umum ni aku xwat ape2 pn. Kawan2 sume bz dengan aktiviti masing2, aku plak duk kt rumah sewa sambil bermain game. Dah bosan main game, aku bkak Facebook plak, itu lah aktiviti aku utk hari ini.

 Game F1 dan Facebook utk aku menghilangkan bosan,but still bosan lagi....

Aduh,xde ke org nak ajak kluar nie,ak dah bosan giler nie.....aku bosan bosan dan bosan smpai ketahap dewa,sehingga kan aku ade msa utk menulis entri ini......

harap2 ade la yg ajak kluar hari nie,doa2kn la yea sahabat-sahabat blogger sekalian semoga ade yang ajak aku kluar dari kepompong rumah sewa nie......

P/s: Kalau kuar nak pg mna ek...any idea???

Saturday, January 15, 2011

Knapa Blogger Menjadi Malas

Salam geng....


Hai lain macam je tajuk entri utk hari ini. Ini la dier, kelemahan yang ade pada setiap blogger-blogger baru nk naik nie. Kalu nak di ikutkan, jumlah blogger-blogger baru bak kata pepatah seperti cendawan tumbuh selepas hujan, tp kesudahannya,berblog 2-3 minggu dah malas dah,sebab masalah-masalah ini lah...



Internet- Masalah biasa yang selalu dihadapi oleh setiap blogger yang menggunakan beruband broadband sebagai medium dalam menghasilkan blog dan melayari internet. Gangguan-gangguan ini salah satu penyebab utama blogger-blogger ini malas nk wat entri dan melawat sahabat-sahabat blog yang lain.


Masa- Masa juga menjdi salah satu sebab utama knapa masalah ini terjadi. Selalu jugak terjadi kepada diriku ini yang selalu "busy" dengan kerja2 sekolah yang perlu disiapkan tepat pada waktunya. So utk membuat satu entri dalam satu hari pn susah utk diriku, nak pikir idea yang bernas lg. so,biarlah idea tu dtg dulu,bru wat entri.


dan last sekali bg aku,nape blogger-blogger nie malas disebabkn oleh masalah terakhir ni lah,


Kekeringan idea- Ini juga jadi masalah jugak nie. Selalu xtpikir nak wat ape,mna ntah pergi idea-idea nie sume. Cmne lah otai-otai blogger ni leh wat entri kn. tp bila idea tu dah ade, laju je tgn nie menaip..hahaha....tapi bila dah kekeringan idea ni,jgn plak sahabt-sahabt blogger pg wat axtiviti copy n paste entri org plak...xmao3......

P/S: berpesan pd diri sendri dan sahabat-sahabat blogger, jgn la malas-malas yea......


Peace No War!!!!

Wednesday, January 12, 2011

Blogger Oh Blogger

Salam geng.....


Seperti yang kita ketahui,banyak sekali karakter blogger-blogger di dunia ini dan tidak terkecuali di Malaysia ini juga. Dengan semangat sebagai seorang "Bloggger" yang berkaliber, kita haruslah berani dalam memperjuangan matlamat kita dalam ber"blogging" ini. 


Selepas aku melakukan beberapa sesi "blogwalking", aku cuba untuk mengenal pasti dan cuba menyelidiki karakter-karakter blogger tmpatan kita. Bukan maksud aku utk memandai-mandai dalam mengkelaskan blogger-blogger kita, tp just nk "share" ape yang aku dpt lihat sewaktu melakukan sessi tersebut. Setiap blogger boleh mempunyai satu karakter ataupun lebih, tapi itu terpulang pada kita utk menilaikan nya.

Apa yang aku dapat rumuskan disini,antaranya:-


Blogger Selebriti- Ini adalah jenis blogger yang pentingkan populariti. Blogger ini tidak mementingkan nilai sesuatu entri, tp hnya inginkan yang terbaik dari blogger-blogger yang lain. Inginkan pujian yang melambung dari sahabat2 yg membaca entri nya. Tapi ape yang baik nya,blogger-blogger ini tetap juga menyediakan entri,walaupn tidak mementingkan isi kandungan entri tesebut.

Blogger Terlebih Aktif- Blogger yang memiliki kekuatan stamina yang lain macam gayanya. Sanggup membuat    beberapa entri dalam satu hari, tidak kira entri yang bernas dan ade juga yang sekadar "quick' entri. Boleh dikatakan blogger-blogger ini, bagi mereka 24jam sehari dan 7hari dalam seminggu tidak cukup baginya. 

 Blogger Yang Prihatin- Blogger yang memiliki semangat penulisan yang amat baik dan sangat berdedikasi dalam membuat sesuatu entri. Rajin dalam membuat entri mengenai informasi, pengetahuan dan juga fakta-fakta didalam blog mereka. Entri-entri mereka diselangi oleh link2 web yang amat berguna bg blogger-blogger lain.

Blogger Yang Suka Bergaul- Blogger ini memiliki semangat setiakawan yang tinggi, dimana mereka tnpa penat lelah melawat blog-blog sahabat blogger mereka. Tidak kira mereka ini blogger baru atau lama,namun mereka tetap rajin dalam melakukan aktiviti menziarah ini. 

dan yang sebenarnya banyak lagi yang boleh aku "describe"kan blogger ini,tp ckup la dengan golongan blogger terakhir yang aku akan nyatakan disini.


Blogger Usahawan- Blogger ini mempunyai jiwa bisnes yang agak luar biasa. Pintar dalam memilih kandungan entri yang mahu ditulis, dan meletakkan "banner" iklan dari sahabat-sahabat blogger yang lain. Rajin dalam mempromosikan produk sendiri dengan membuat entri-entri yang mampu membuat blogger tertarik kepada produk tersebut...


P/S: Hanya sekadar mahu "share" pendapat dengan sahabat-sahabat blogger yang lain. Maybe banyak lagi jenis-jenis yang mampu kita "describe"kan, tp ckupla dulu yea......


Kalu salah tolong tunjukkan,........


Peace No War!!!!!! 





Tuesday, January 11, 2011

TT (Target Trafik)

Salam Blogger-blogger sekalian....


Hari ini aku nk kongsi sikit pasal jumlah trafik blog aku nie. Selama 2 hari berturut-turut (sabtu &ahad) trafik blog aku ni mencapai kesesakan traffik yang agak2 luar biasa la bagi pendatang baru macam aku nie. 


Alhamdulillah,aku yang masih dalam proses utk mempekenalkan blog yang xseberapa cantik nie telah  didatangi oleh sahabat2 blogger yang agak2 cute,comel,montel,hensem dan mcm2 lagi. Aku bertuah,kerana sessi blogwalking yang telah aku jalankan, menunjukkan peningkatan trafik yang agak memberangsangkan.




Ini menunjukkan yang blogger2 di Malaysia ini very supportive person. Credit to all my Followers....Thanks....

Tapi ape2 pun, trafik aku nie xdelah hebat sangat pn, nk melawan otai-otai blog mmg jauh sekali la. Boleh dikatakan perbezaan nya seperti Langit&Bumi, begitu lah perumpamaan yang boleh aku gmbarkan setakat ini. Maklum la,budak baru kan. Nasib zaman buli dah berlalu,klu x aku dah lama kna buli ngan otai-otai blogger......hehehe

Senang cite, untk kita meningkatkn jumlah trafik masuk ke dalam blog kita, kita haruslah berusaha sikit seperti melawat rakan2 blogger kita, menjengah blog2 yang kita follow dan tidak lupa tinggalkan jejak kita di blog yang telah kita lawati.

P/S: Kesesakan Traffic hanya bleh terjadi andai geng2 sume yang sama seperti aku nie (newbies) rajin dalam mem"promote"kan blog anda dan kekerapan anda melakukan sessi blogwalking(BW).

Thank to all visitors and My Followers.....

Peace No War!!!!!!






Monday, January 10, 2011

Bermulanya.........

Semestinya sahabat2 blogger sekalian tertanya-tanya,apakah mksud sebenar yang ingin disampaikn oleh diriku ini. Hari nie terlewat membuat karangan entri ini disebabkan tajuk yang kat atas nie lah. Kerana agak sibuk dengan urusan duniawi ini, laman blog nie telah ku tinggalkan seharian...


Berbalik pada tajuk diatas,Bermulanya disini.........


Bermulanya sessi persekolahan bagi sessi Januari-Mei 2011



Bermulanya kesibukan aku terhadap urusan rumah sewa,kerana aku memegang "title" bendahari rumah


Bermulanya kesibukan ku dalam aktiviti bersukan


Bermulanya Semester persekolahan yang paling "busy". Kena siapkan Final Year Project


dan Lastly.........

Bermulanya urusan aku untuk berdiet....hehehe.....

P/S: Semua diatas Insyaallah aku akan pastikan ianya akan berjalan lancar, ttp yang last tu aku xpasti la....agak2 sahabat blogger,mcm mna??

Sama2 kita nantikan yea.....

Peace No War!!!!!!




Sunday, January 9, 2011

Terima Kasih

Seperti mana tajuk diatas, ucapan terima kasih yang tak terhingga ini ditujukan kepada kenalan-kenalan baru yang hari ini sahaja mencecah beribu-ribu puluhan orang jugak lah. Maybe perkenalan ini berlaku disebabkn sessi blog walking yang telah dijalankn oleh diriku malam tadi.


Be a follower not my Flower....pinjam kata2 my Bro.....



Untk follower-follower ku sekalian, jangan la sekadar kite menjadi follower. Jadilah follower yang sejati,di mana saling "connecting" antara stu sma lain. Walaupun aku sekadar babies newbies dalam industri blogging ini, tp aku yakin dengan berkat sokongan dan dorongan dari blogger2 otai ini, boleh membuatkan blog aku ini lagi menarik dari segi gaya penulisan dan penyampaian idea-idea yang lebih bernas.

Pernah dgr ayat ini. "i follow u,u follow me back"..pepatah ini lah yg selalu kite dgr bila masuk dalm industri blogging nie...inilah ayat keramat yang memenuhi ruangan CHAT BOX blog kita..btul tak? tapi ak percaya, bg blogger-blogger baru,mereka perlukan follower2 ini utk trus berblogging. Maybe dengan cara ini membuatkan para blogger2 baru lagi bersemangat dalam membuat entri yang cantik menarik dan sememangnya debooommm itu....

P/s: Credit to all follower...Thanks to be my Follower...sama2 kite memeriahkan industri blogging di negara kita ini. Gunakan lah ruang kebebasan menulis ini dengan sebaik mungkin dalam menyampaikan penulisan dan persembahkan lah idea-idea yang ckup bernas....

Peace no War!!!!!




Saturday, January 8, 2011

The Best of Raja Lawak 5



Hari nie 1st day Siaran Langsung rancangan realiti yg hampir2 popular RAJA LAWAK 5 telah berlangsung. Seperti yang disangka, kelatahan pengacara popular masa kini Zizan & Johan telah berjaya menghidupkan suasana untuk Raja Lawak 5: Minggu 1......


Keserasian antara mereka begitu tserlah

Dengan barisan 12 peserta bakal2 pelawak masa hadapan, termasuk anggota berkumpulan dan yang single mingle ini, semua peserta menunjukkan keazaman yang tinggi utk memuaskan hati penonton serta juri. 

Kehebatan peserta2 ini telah membuatkan kami satu keluarga tidak kering gusi untuk bergelak ketawa dgn peserta masing2 berjaya mmbuat "performance" yang agak mengancam walaupn baru diminggu pertama. Dan seperti biasa tiada penyingkiran dminggu pertama......

Peserta Raja Lawak 5

P/s: Adakah peserta Raja Lawak 5 ini akan lebih berjaya dah lebih lawaknya daripada rancangan Raja Lawak edisi sebelum ini??

sama-sama kita saksikan kehebatan peserta-peserta ini......jumpa lagi pada hari dan waktu yang sama di minggu hadapan.......

9mlm @astro Prima

peace no war!!!!!!

Thursday, January 6, 2011

GERAM nye AKU!!!!!!

blog blog blog....jangan goblog sudah....hahaha....

hah itu dier pengenalan yang agak2 kasar disitu.Tapi itu la yang berlaku di dalam satu apartment yang agak cantik menarik ko mmg DEBOOM nie......hahaha....

alkisahnya cmnie....eeee GERAMNYA AKU.....sama ngan tajuk aku tuh kn.......jom2....

AKU GERAM ngan blog blog nie.......



Nie blog yg wat aku Geram....Tekan Sini
(Tuan Empunya blog yg suka mencari gadoh dan suka betting,bajet dier la yang paling power dalam berblog nie....nope aku xsuka org cmni....hahaha)




Nie blog yang wat aku geram jgk nih....Tekan Sini
(Tuan empunya blog nie,suka jiwang2 dowh....cuba tgk sekitar blog dier,ade LOVE kn...hah xke jiwang tuh namanya,muka xde la jambu sgt...hahaha)


GERAM nya aku bila tgk blog-blog nie....tp klu kawan2 ku nk tau,aku geram bukan nya knapa,aku geram2 pn bertempat tau....

Kalau korang nak tau,owner2 blog nie ADIK2 aku.....sbb tu la aku geram sgt ngan diorg...Asal ptg ade yang nk pnjam laptop,dah tu asal malam je ade yg nk pinjam laptop aku lagi....habis turn aku bila plak....adoyaiiii aku cakp...

Sebab tu la FOLLOWER2 aku xmeningkat.....aku xcukup masa utk BW(blogwalking)....Kesian aku

P/s: The moral of the Story: Jadilah Abg Long yang terBAEK utk ADIK2 nya ok....

peace no war.......







Wednesday, January 5, 2011

Ramainya Follower

Tak ku sangka2 selepas SEBULAN menceburi bidang blog ni,bilangan FOLLOWER semakin MENINGKAT dengan pantas nya....


Tapi jangan salah faham,kerana bilangan follower yang dimaksudkan bukan dari BLOG AKU....tp dari BLOG ORANG LAIN....kesian nya aku.......isk isk isk

p/s: jom jadi follower aku.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...